MODAL kecil, Pulangan BESAR

Saturday, September 10, 2011

Did Bloggers without Borders manage to complete all of their ‘to-see/do list’ as planned by u? #nowyoucan find out!

Did Bloggers without Borders manage to complete all of their ‘to-see/do list’ as planned by u? #nowyoucan find out!

Monday, July 4, 2011

Kenapa Produk IKS Kurang Mendapat Sambutan.

Alhamdulillah, saya lihat produk-produk yang dikeluarkan pengusaha tempatan kita semakin hari semakin berkembang. Diikuti dengan promosi dan juga mendapat bimbingan dari agensi-agensi kerajaan mahupun koperat. Kalau dilihat hari ini,Permintaan Produk-produk IKS begitu meningkat dan semakin hari semakin mendapat kepercayaan dari pengguna.

Walau bagaimanapun,Produk-produk tersebut telah melalui satu fasa yang begitu sukar untuk dikenali dan juga menempatkan diri di mata masyarakat. Ada sesetengah itu mengambil masa bertahun-tahun dan melalui pelbagai tranformasi atau pun penambahbaikkan bagi mencapai kejayaan itu.

Melalui pelbagai pengalaman dan pemerhatian saya, kebanyakkan produk- produk IKS kita sukar menandingi produk yang dikeluarkan oleh kilang besar adalah kerana beberapa faktor:
  1. Kualiti yang tidak tahan lama
  2. Pembungkusan dan imej
  3. Promosi
  4. Pasaran
  5. Penambah baikkan
PENGALAMAN

Melalui pengalaman serta ilmu yang di pelajari, faktor-faktor yang dinyatakan dapat diatasi dan sekali gus membuktikan bahawa produk IKS boleh pergi jauh dan boleh mencapai standart pasaran yang tinggi. Kepada pengusaha-pengusaha produk IKS, mereka perlu peka dan bersifat inovatif bagi mengatasi masalah ini agar ia nya boleh dikomersialkan.

Dalam perniagaan saya, dimana berasaskan makanan ringan seperti kerepek, pada peringkat awal nya memang susah untuk mendapat perhatian serta menguasai pembeli walaupun kualiti rasa , harga dan juga kuantiti produk saya sangat memuaskan. Melalui pendekatan promosi, saya telah menaikkan imej barangan melalui pembungkusan yang berkesan serta menarik seperti plastik yang berkilat ( timah). Pada minggu pertama, saya cuba dengan bungkusan baru, Alhamdulillah sangat berkesan dan jualan sangat bagus. Minggu kedua, saya kembali kepada bungkusan asal ( plastik biasa) itu pun kerana stok plastik kilat dah habis, dan saya melihat ramai pembeli yang merungut serta jualan yang semakin menurun.

Disini, membuktikan bahawa imej dan cara pembungkusan sangat mempengaruhi pembeli. Melalui situasi yang saya alami, saya menambahbaikkan lagi pembungkusan dimana saya menambah label yang menarik diikuti bungkusan yang berkilat tadi. Pada hari ketiga jualan di wakil-wakil jualan, produk makanan ringan saya sudah habis jual separuh, dan permintaan pula semakin baik diikuti dengan permintan untuk mempelbagaikan lagi produk.. Alhamdulillah..setiap minggu saya perlu menambah stok kerepek serta meningkatkan pengeluaran.

Promosi juga jangan dilupa, kini saya sedang giat mempromosikan produk saya dengan pelbagai cara, seperti agen jualan, internet, risalah serta "sample-sample" untuk pembeli. Selain itu saya sedang merangka promosi yang baru seperti setiap pembelian barang tertentu akan mendapatkan hadiah atau pun saguhati( seperti membeli ubat gigi yang dapat pinggan tu.. hehehe.) Tapi tidak lah dapat pinggan..mungkin barangan lain..

JANGKAAN
Dijangkakan, dengan pelbagai pendekatan yang saya buat, pengeluaran saya dapat mencapai target dan sekali gus mendapat menguasai hati pembeli. Biar pun produk saya hanya produk kampung, tetapi pasaran saya dan kuasa membeli setanding produk berjenama besar.. Saya berharap, pengusaha-pengusaha produk IKS diluar sana, dapat membangunkan serta mencapai tahap pasaran yang luas dan besar.

Sasaran bulan ini....

Seminggu 1000 bungkus = RM2500.00
Sebulan 4000 bungkus =RM 10000.00
Keuntugan bersih 65% = Kira la sendiri...

TINGKATKAN KUALITI, TAMBAHKAN PROMOSI, PRODUK PASTI DIHATI.....











Wednesday, June 15, 2011

Makcik ni Tak Belajar Tinggi....Tapi Pendapatan Makcik Macam CEO........


Apa perasaan kita bila ada yang mengatakan begitu? jika difikirkan balik Makcik ni memang hebat la..mane tak nye..tak belajar tinggi pun gaji macam CEO.Makcik ni buat ape sampai pendapatan macam tu...??????

"Anak ni kerja mana? macam mana kerja? ok?"

Nak jawab apa ni? nak cakap ok tapi kerja memang tak OK. mana tak nya ada kelulusan tinggi, ada Ijazah ada Diploma tapi gaji tidak mencecah RM2000.00 sebulan..Kalau rajin baru la dapat lebih.Tapi kerja macam orang gila la..Masuk kerja jam 9.00pagi hingga 6.00 petang dan ditambah OT. memang tidak OK makcik....jawapan dalam hati jer...
"Biasa la Makcik, Kerja ok jer.Alhamdulillahhhh....( nak sedapkan hati dan menjawab dengan penuh kesopanan...)

" Makcik ni Kerja apa sampai boleh dapat gaji macam CEO?
" Ala nak, kerja biasa jer..TAK GLAMOUR pun...tapi cukup la nak mewah-mewah sikit, sekolah kan anak-anak.
"Kerja ape tu Makcik?
"Makcik berniaga jer.kecil-kecilan..jual jambu tepi jalan."

Makcik ni biar betul..jual jambu jer ker? tengok atas bawah, gelang dia jer riban-riban ni.....

"Yer ker Makcik? Jual jambu tepi jalan jer?"
"Yer la.. Jual jambu TAPI ada 5 tempat...

LIMA??????????.........LIMA.......
Hebat Makcik ni, Patut la gaji macam CEO....
Kalau satu tempat sehari boleh dapat Rm100.00, Kalau dah ada lima? Berapa? RM 500.00sehari.Kalau sebulan??????? memang la gaji CEO.

Makcik tersenyum, mungkin dalam hati nya memperlekehkan kita....yang konon nya ada gelaran sedangkan dia hnya kutip duit ribu-ribu sehari tanpa bekerja mengikut waktu kerja.

Jadi kenapa kita masih tercengang? terfikir-fikir? Adakah nasib kita yang berpendidikan tinggi hanya mampu dapat sebulan RM2000.00 hingga RM3000.00 sahaja? dengan hutang PTPTN lagi...Kereta lagi? Nak beli rumah lagi? Cukup kah pendapatan itu?

Mungkin kalau berniaga kecil-kecilan jatuh standart kita kan? ye la ada degree, diploma, tak kan nak berniaga tepi jalan? kurang-kurang nak berniaga yang high class..Ada kedai cantik-cantik.TAPI anda ada modal? Berapa simpanan dalam bank? dan kenapa tidak bermula secara kecil-kecilan dahulu? berniaga dari rumah, menjual produk pakaian,produk makanan, dan macam-macam lagi..Tetapi BERNIAGA.....

Sebenar nya ramai yang berjaya bermula dari bawah dan ada yang sanggup melepaskan jawatan tinggi untuk mendapatkan yang lebih baik..Anda MALU hari ini bermakna anda akan MALUseumur hidup kerana tidak mahu berubah dan anda akan MALU dengan keluarga kerana tidak dapat memberikan mereka yang terbaik di masa akan datang..

Jadi, Cepat la berubah, cepat la sedar, kenapa anda tidak mulakan sekarang? lebih-lebih lagi golongan muda-muda. cepat la bertindak..Mulakan langkah anda... Mulakan PERNIAGAAN KECIL sekarang......bina la pendapatan sendiri..

“ANDA PATUT MENJADI KAYA.ANDA TIDAK BERHAK MENJADI MISKIN.HIDUP DI MALAYSIA TETAPI TIDAK KAYA ADALAH MALANG"~ Chef Li

Gambar hiasan sahaja


Saturday, June 11, 2011

“Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang” ~ Chef Li




Beberapa tahun dahulu, saya secara tidak sengaja terbaca sebuah buku kecil tetapi impak nya sungguh besar dalam diri saya. buku tersebut ialah hasil tulisan seorang MENTOR JUTAWAN. Penulisan beliau betul- betul membuka minda saya dan mengajar saya apa erti "sedikit-sedikit lama- lama jadi bukit". Beliau sungguh mahir dan pengalaman dalam melahirkan JUTAWAN IKS. Setiap tulisan beliau juga memaparkan pengalaman seorang pengusaha kecil-kecilan menjadi seorang yang berjaya ( JUTAWAN IKS). Mentor tersebut ialah Dr Rusly bin Abdullah. atau dikenali' CHEF LI'. Penulisan beliau " Menjejaki Jutawan Senyap" dimana banyak menekankan supaya mengejar kejayaan dengan sabar dan mulakan secara kecil-kecilan.


JUTAWAN YANG TIDAK GLAMOUR
Mereka ini tidak terkenal, tidak ada nama yang besar, dan sering dianggap golongan bawahan. Meraka datang dari orang-orang biasa, gaya hidup yang biasa, sederhana dan mungkin daif. Tetapi mereka JUTAWAN,....!!!! dan kenapa mereka boleh jadi jutawan? Bagaimana mereka mencapai tahap ini? Hebat sangat kah mereka? Apa yang ada pada mereka? dalam penulisan Chef Li, beliau menceritakan gologan ini di istilahkan sebagai 'Jutawan senyap" dimana telah berjaya dan mencapai tahap jutawan dengan perniagaan yang tidak glamour seperti peniaga pasar malam, penjaja, produk makanan secara kecil-kecilan dan juga peniaga jalanan.


KISAH MEREKA SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT
Melalui kisah yang diceritakan oleh Chef Li, ia telah membakar semangat untuk memceburi bidang IKS. Beliau menyatakan peluang IKS sangat meluas di negara ini dan patut diambil sebagai satu cabang perniagaan. " Biar Lambat Tetapi Berjaya"... "Biar Sedikit Tetapi Selalu"...."Biar Kecil Tetapi JUTAWAN". Kepada mereka yang ingin mendapatkan ilmu dan motivasi, saya syorkan cari la buku dan bahan bacaan yang di tulis oleh Chef Li kerana beliau banyak memaparkan bagaimana
JUTAWAN-JUTAWAN yang berjaya hanya memulakan perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) sahaja. Bermula la SEKARANG.........!!!!


IKS PILIHAN
Produk makanan ringan

Pengusaha : MIMI & AFZAN FOOD
Alamat : No.134 Felda Keratong 7, 26700 Muadzam Shah,Pahang
0127636950
09 4471700

KOMISEN + BONUS + PERNIAGAAN SENDIRI
Kami mencari rakan niaga produk makanan ringan di sekitar Muadzam dan Pahang. pendapatan yang lumayan tanpa modal yang besar dan sebagai part time. Kami akan bimbing anda






Mulakan Sekarang.........!!!!