MODAL kecil, Pulangan BESAR

Monday, July 4, 2011

Kenapa Produk IKS Kurang Mendapat Sambutan.

Alhamdulillah, saya lihat produk-produk yang dikeluarkan pengusaha tempatan kita semakin hari semakin berkembang. Diikuti dengan promosi dan juga mendapat bimbingan dari agensi-agensi kerajaan mahupun koperat. Kalau dilihat hari ini,Permintaan Produk-produk IKS begitu meningkat dan semakin hari semakin mendapat kepercayaan dari pengguna.

Walau bagaimanapun,Produk-produk tersebut telah melalui satu fasa yang begitu sukar untuk dikenali dan juga menempatkan diri di mata masyarakat. Ada sesetengah itu mengambil masa bertahun-tahun dan melalui pelbagai tranformasi atau pun penambahbaikkan bagi mencapai kejayaan itu.

Melalui pelbagai pengalaman dan pemerhatian saya, kebanyakkan produk- produk IKS kita sukar menandingi produk yang dikeluarkan oleh kilang besar adalah kerana beberapa faktor:
  1. Kualiti yang tidak tahan lama
  2. Pembungkusan dan imej
  3. Promosi
  4. Pasaran
  5. Penambah baikkan
PENGALAMAN

Melalui pengalaman serta ilmu yang di pelajari, faktor-faktor yang dinyatakan dapat diatasi dan sekali gus membuktikan bahawa produk IKS boleh pergi jauh dan boleh mencapai standart pasaran yang tinggi. Kepada pengusaha-pengusaha produk IKS, mereka perlu peka dan bersifat inovatif bagi mengatasi masalah ini agar ia nya boleh dikomersialkan.

Dalam perniagaan saya, dimana berasaskan makanan ringan seperti kerepek, pada peringkat awal nya memang susah untuk mendapat perhatian serta menguasai pembeli walaupun kualiti rasa , harga dan juga kuantiti produk saya sangat memuaskan. Melalui pendekatan promosi, saya telah menaikkan imej barangan melalui pembungkusan yang berkesan serta menarik seperti plastik yang berkilat ( timah). Pada minggu pertama, saya cuba dengan bungkusan baru, Alhamdulillah sangat berkesan dan jualan sangat bagus. Minggu kedua, saya kembali kepada bungkusan asal ( plastik biasa) itu pun kerana stok plastik kilat dah habis, dan saya melihat ramai pembeli yang merungut serta jualan yang semakin menurun.

Disini, membuktikan bahawa imej dan cara pembungkusan sangat mempengaruhi pembeli. Melalui situasi yang saya alami, saya menambahbaikkan lagi pembungkusan dimana saya menambah label yang menarik diikuti bungkusan yang berkilat tadi. Pada hari ketiga jualan di wakil-wakil jualan, produk makanan ringan saya sudah habis jual separuh, dan permintaan pula semakin baik diikuti dengan permintan untuk mempelbagaikan lagi produk.. Alhamdulillah..setiap minggu saya perlu menambah stok kerepek serta meningkatkan pengeluaran.

Promosi juga jangan dilupa, kini saya sedang giat mempromosikan produk saya dengan pelbagai cara, seperti agen jualan, internet, risalah serta "sample-sample" untuk pembeli. Selain itu saya sedang merangka promosi yang baru seperti setiap pembelian barang tertentu akan mendapatkan hadiah atau pun saguhati( seperti membeli ubat gigi yang dapat pinggan tu.. hehehe.) Tapi tidak lah dapat pinggan..mungkin barangan lain..

JANGKAAN
Dijangkakan, dengan pelbagai pendekatan yang saya buat, pengeluaran saya dapat mencapai target dan sekali gus mendapat menguasai hati pembeli. Biar pun produk saya hanya produk kampung, tetapi pasaran saya dan kuasa membeli setanding produk berjenama besar.. Saya berharap, pengusaha-pengusaha produk IKS diluar sana, dapat membangunkan serta mencapai tahap pasaran yang luas dan besar.

Sasaran bulan ini....

Seminggu 1000 bungkus = RM2500.00
Sebulan 4000 bungkus =RM 10000.00
Keuntugan bersih 65% = Kira la sendiri...

TINGKATKAN KUALITI, TAMBAHKAN PROMOSI, PRODUK PASTI DIHATI.....











Mulakan Sekarang.........!!!!